Tuesday, 7 April 2015

semangat kian hilang ☺

Assalamualaikum wbt , semakin meningkat usia semakin banyak dugaan . Allah nak uji  keimanan kita dengan dugaan . Allah rasa rindu kat kita dia bagi dugaan . Keep eyes open saudari saudara . Bukan Allah tak sayang , sebab sayanglah DIA bagi dugaan . Q harap dengan perkongsian seorang hamba Allah dan Q sampaikan kat sini dapat menaikkan semangat kepada kita semua . InshaAllah .

"penatnya , sakit semua tulang ni...."
" Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat " ( An Naba' : 9 )

"Berat sangat dugaan ni ... "
" AKU tidak membebani seseorang , melainkan sesuai dengan kesanggupan " ( Al Baqarah : 286 )

"Pening , serabut , eiii buntunya ..."
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun , nescaya ia akan melihat balasannya " ( Al Zalzalah : 7 )

"aku tolong dia , time susah dia tak tolong aku , apalah nasib ..."
" Berdoalah (mintalah) kepadaKU , nescaya AKU kabulkan " (Al Ghafir : 60 )

" Sedihnya..."
" Janganlah kamu berduka cita , sesungguhnya Allah berserta kita " (At Taubah : 40 )

Friday, 20 February 2015

✉ liebstar award ✉

Assalamua'laikum wbt

Game first time Q jumpa . Minah ni yang tag . Meh Q cuba . Yg kena tag sila jawab soalan . Peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi siapa yg terkena , hah amek kau ada rule :

Antara peraturannya ialah :

1) Jawab semua soalah . Jangan tak jawab . Mama rotan kang . Mama lah sangat .
2) Cari blog org lain untuk kenakan soalan korang . Dalam beberapa blogger gitu
3) Buat soalan sendiri .
4) Beritahu blogger yg telah di tag tadi . ok , faham ke tidok?

Yuki ni jawapan mu ye :

1) Benda yang aku menyesal ea ?
Tak sempat nak balas jasa ibu ayah =(

2) Suka tak lagu jiwang ? listkan dlm 5  ( bolehlah rasenye )
Masih perlu - tasha manshahar
love story - taylor swift
sia - chandeliar ( tapi yg cover tau )
there is a place - wu yi fan =)))))
talking to the moon - bruno mars

3) describe pasal kawan Q
baik hati , banyak tolong kalau ada masalah especially belajar , pembakar semangat , semuanya motivater , happy go lucky je , minta maaf cepat- cepat kalau terasa buat salah , suka benda yang tak pasti tapi semuanya jadi , pandai , cantik , comel , tinggi dari Q , hehehe , dah tu je

4) benda pelik yang pernah jadi ?
terlibat dengan masalah orang lain secara tiba-tiba . dugaan betul .


Ni soalan yang kena kepada mereka yang kena tag ;
1) senaraikan jenis-jenis hadiah yang korang nak ( 3 minimum )
2) korang suka berjalan tak ( kalau suka nyatakan kenapa , kalau tak pun kena nyatakan jugak kenapa )
3) korang akan tertarik dengan lelaki macam mana ( jenis penampilan , sifat atau sebagainya )
4 ) korang nak berapa anak ? ( hah amek soalan Q , jahatnya aku )

ok tu je , ni mangsa-mangsanya :
http://auroralangitbiru.blogspot.com/
http://miasaranajwa.blogspot.com/







Thursday, 12 February 2015

rasa down ? ☺

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua . Entry Q kali ni pasal mood  yg mesti setiap orang lalui . Happy , sedih , murung dan sebagainya . Itu semua lumrah manusia . Kat sini Q nak share tips daripada seorang hamba Allah ni cara-cara mengatasi down . Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwa yang sedang lara . Cewah ayat bombastik terkeluar . Ok abaikan . Antara tip untuk mereka yang berasa down :

1. Banyak kan beristighfar

2. Ambil wudhuk dan buat solat sunat .

3. Baca 4 kul dan ayat kursi .

4. Letak tangan atas ubun-ubun kepala kemudian sebut nama Allah iaitu antaranya Ya Jabbar dan Ya Sabur sebanyak 10x atau 33x ikut kemahuan masing-masing sambil memasang niat untuk menjadi lebih kuat dan sabar menempuh pelbagai dugaan . Kita boleh juga amalkan setiap kali lepas solat .

5. Membaca Al-quran .

6. Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W sebanyak yang mampu .

Setakat ni sahaja entry Q kali ni . Q harap dengan sedikit perkongsian ni dapat membantu awak , awak dan awak semua .

Tuesday, 10 February 2015

kelebihan membaca surah mathurat ☺

Assalamua'laikum wbt

First of all , Q nak terima kasih kat ustaz sekolah Q sebab kenalkan dan amalkan membaca mathurat ni masa waktu perhimpunan sekolah yang di selang selikan dengan asma ul husna . Masa tu Q tahu ikut je tapi tak tahu kelebihannya . Waktu yang disarankan membaca mathurat ni selepas solat subuh dan selepas solat asar atau maghrib seelok-eloknya . Selalu cuti tak amalkan pon tapi selepas tahu fadhilatnya , Q rasa nak ajak semua amalkan setiap hari .

1. Syaitan tak nak dekat dengannya .
2. Rumah dan keluarganya akan selamat daripada perkara yang tidak diingini .
3. Allah cukupkan keperluan dunia dan di akhirat .
4. Orang yang membaca jika meninggal di malam hari akan dijamin ke syurga .
5. Selamat dari sesuatu .
6. Allah sempurnakan nikmat kepada sesiapa yang membacanya .
7. Allah meredhainya .
8. Tidak ada sesuatu mudharat ke atasnya .
9. Berhak mendapat syafaat pada hari kiamat .
10 . Membacanya seolah-olah telah mengamalkan sunnah Rasullullah .

Terima kasih kepada empunya blog kerana mengongsikan ilmu yang bermanfaat . Jom singgah blog dia untuk mendapatkan info yang bermanfaat untuk kita semua . Setakat ni saja Q nak kongsikan . bye .

Thursday, 5 February 2015

kek oren ♨

Assalamua'laikum wbt

Hari ni Q nak kongsi resepi kek oren . Sesiapa nak cuba resepi ni sangat di alu-alukan . Nanti dah berjaya kongsi kat Q ye . hehehe

bahan-bahan :

1 gelas tepung naik sendiri - diayak ( kalautak nak ayak pun tak pe )
3/4 gelas tepung gandum - diayak
1 gelas marjerin
1 gelas gula
5 biji telur
1 biji buah oren - kulitnya diparut , buahnya diperah untuk dapatkan jus ( guna sunquick oren je boleh jugak )

cara-cara :

1. pukul gula dan marjerin sehingga kembang .
2. masukkan telur sebiji-sebiji sampai adunan sebati .
3. masukkan kulit oren yang dah diparut lepas tu baru masukkan jusnya .
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit .
5 . kemudian boleh bakar


Tuesday, 13 January 2015

ais krim oreo ♨

Assalamua'laikum wbt

Q nak kongsikan resepi ni memandangkan Q ni penggemar ais krim Mc Flurry . Jom kita mentelaah resepi ni .

bahan-bahan :

1 tin susu cair 
1/4 tin susu pekat ( kalau rasa banyak kamu kurangkan ye )
1 sudu camca esen vanilla 
1 paket biskut oreo 
1 sudu besar ovellete 

cara-cara  :

  1. asingkan biskut oreo dan krim .
  2. hancurkan biskut oreo sederhana hancur . Korang ada dua cara . First , korang masukkan biskut tu kat dalam plastik and then ketuk guna penguli ke apa ke . Kedua , cara yang lebih beradab guna je blender kering tu , tapi jangan sampai lumat sangat .
  3. untuk adunan aiskrim , masukkan susu cair , susu pekat , esen vanilla dan ovellete ke dalam mixer dan putar adunan dalam 15 minit . Boleh guna blender kalau tak ada mixer .
  4. Nampak gebu tu , masukkan separuh biskut yang dah dihancurkan tadi ke dalam adunan.
  5. putar sampai gebu lagi (5 minit ) kalau texture dah memenuhi kepuasan korang , letak dalam bekas tak kesah la apa-apa bentuk pon boleh . 
  6. Hias aiskrim korang dengan oreo hancur yang separuh ditinggalkan tu .
  7. masuk peti sejuk . tunggu dalam beberapa jam dan selamat makan . 


pengat tepung gandum ♨

Assalamualaikum wbt

Hai korang . Tetibe plak nak buat resepi ni . actually ada orang ngidam nak makan . hehehe .

bahan-bahan :

tepung gandum 2 @3 cawan
gula melaka - ikut tahap kemanisan yang kamu suka
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

cara-cara :


  1. gaul sebati tepung gandum , garam dan secawan air . Buat bentuk yang kamu suka . Kalau Q , amik doh tadi tu gentel sampai jadi panjang .
  2. Panaskan air dan masukkan adunan tadi yang kita dah bentukkan tu .
  3. Kalau semua tepung tu dah timbul maknanya tepung dah masak . So , kita masukkan santan , gula melaka , daun pandan dan garam secukup rasa . Daun pandan tu kamu kena carikkan sebelum ikat tau supaya dapat bagi aroma dekat pengat kita tu . =)
  4. kacau sehingga gula melaka cair 
  5. kacau sekali sekala 15-20 minit .
  6. Dah boleh hidangkan . Mudah bukan .