Assalamualaikum w.b.t
Selamat pagi semua . Entry Q kali ni pasal mood yg mesti setiap orang lalui . Happy , sedih , murung dan sebagainya . Itu semua lumrah manusia . Kat sini Q nak share tips daripada seorang hamba Allah ni cara-cara mengatasi down . Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat mententeramkan jiwa yang sedang lara . Cewah ayat bombastik terkeluar . Ok abaikan . Antara tip untuk mereka yang berasa down :
1. Banyak kan beristighfar
2. Ambil wudhuk dan buat solat sunat .
3. Baca 4 kul dan ayat kursi .
4. Letak tangan atas ubun-ubun kepala kemudian sebut nama Allah iaitu antaranya Ya Jabbar dan Ya Sabur sebanyak 10x atau 33x ikut kemahuan masing-masing sambil memasang niat untuk menjadi lebih kuat dan sabar menempuh pelbagai dugaan . Kita boleh juga amalkan setiap kali lepas solat .
5. Membaca Al-quran .
6. Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W sebanyak yang mampu .
Setakat ni sahaja entry Q kali ni . Q harap dengan sedikit perkongsian ni dapat membantu awak , awak dan awak semua .