Hai , hai , hai bertemu kembali bersama saya Miss QuietEyes atau nama glamour lah sangat Q . Cehh dah macam rancangan ketuk2 kuali . Ehem2 transform2 . Hai korang . Entry Q kali ni nak share ngesepi kek marble susu . Q dah buat eksperimen memang menjilat jari . Sodap . Resepi ni Q amik dekat post facebook seorang mak cik ni . Hmm macam muda panggil mak cik whatever lah tapi Q lupa nama dia . Nanti kalau dia post resepi baru Q kenalkan korang dengan dia okey dan lagi satu Q tak upload gambo . insha-Allah kalau Q buat lagi Q upload gambonya ye sayang-sayangku .
bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum diayak dengan 1sdb baking powder
4 biji telur
1 cawan planta @ seketul buttercup ( Q guna buttercup sebab bagi Q lebih sedap )
1 sdb ovellet
1 cawan gula
2 sdb susu pekat
1/2 ketul keju cheddar (kalau kat tempat Q harganya RM13.50 )
cara-caranya :
1. pukul telur dengan planta/buttercup hingga gebu .Hah lagi satu , kalau nak buat kek ni guna buttercup keluarkan dari freeze dalam beberapa minit gitu dulu supaya cair dan menyenangkan kita nak putar nanti .
2. masukkan gula , ovellet dan putar lagi bagi sebati .
3. masukkan susu dan cheese bagi sebati .
4. masukkan tepung sikit demi sikit dan kaup balikkan bagi sebati .
5. bahagi dua bahagian . korang letak lah satu tu kaler pink ke , satu lagi kaler kuning ke , up to you lah . Q guna sirap je nak kasik wrne merah . hehehe . kalau nak neutral pon boleh tapi tak lawa lah .
6. lapis selang-seli hingga habis .
7. bakar suhu 160 , 1 jam api bawah , dan 1/2 jam baru guna api atas bawah .Q bakar sejam je api bawah . Korang jangan lupa panaskan oven dulu takut-takut kek korang tu bantat .
okey sampai sini saje . bye-bye . muaahhh sikit . hehehehe
ni gambar kek Q
Q parut cheese yg tinggal separuh dan letak atas kek tu ☺ |