Assalamua'laikum wbt
kat sini Q nak kongsikan sikit tentang kelebihan solat dhuha . Walaupun kebanyakan daripada kita dah tahu solat sunat dhuha ni tapi tak laksanakan atau tak istiqamah . Solat sunat dhuha ni memang tak wajib dilaksanakan tetapi banyak fadhilatnya tau . Q jugak pernah ternengok satu video ni . * ternengok nampak benar Q ni jahil kan . Kalau kita nak ber suami/isteri kita nanti yang istiqamah melakukan kebaikan , tak kesah lah apa-apapun , kita kena mulakan dengan istiqamah dulu dan mintak pada Allah supaya temukan kita dengan bakal suami/isteri kita ni . Dah2 ada yang berangan sampai ke London nampaknya tu . Kembali pada topik yang Q nak bincangkan tu .
kebaikan-kebaikan solat sunat dhuha :
1. lafaz syukur kepada Allah atas nikmat yang telah dikurniakan .
2. saluran doa kita yang insha-Allah akan dimakbulkan .
3. pelindung azab api neraka .
4. mereka yang menjadikan solat dhuha ni rutin harian akan dijanjikan balasan syurga .
5. solat dhuha ni juga pintu segala rezeki .
Korang boleh jengah-jengah blog ni untuk yang mendalam . Q share ringkas je . hehehe . Okeylah jumpa di lain entry .
No comments:
Post a Comment